Tuesday 6 December 2011

Cerita Sajooooo

Nak Cerita Pun Malas, ish3! erm....


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”


Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”


Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”


Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”


Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”


Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”


Maka raja pun terdiam seketika.


Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”


Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas..... kuang3~<3

Saturday 3 December 2011

Sedih2~ :')


Na cter cket citer cdey nie......hehhe
Aku ada dua orang kawan. Mereka berdua bercouple antara satu sama lain. Si Lelaki adalah perempit yang ganas. Dan Si Gadis adalah gadis ayu yang memang ayu ah. So memang boleh di katakan mereka berdua pasangan yang amat-amat sweet. Sweet.

Tapi semuanya berubah setelah Si Lelaki di paksa berkahwin dengan gadis pilihan family. Nak tak nak, Si Lelaki terpaksa putuskan segala hubungan dengan si Gadis.

Kesian dia.

Aku melihat gadis tu. Comel la juga. Dalam 6/10 rating aku (Better than ordinary girls). Boyfriend dia memerankap kawan aku tu terpaksa tinggalkan dia demi pilihan famili. Aku tak faham, Si Lelaki mat repit. Apa barang kawin dengan pilihan famili? Tak rempit langsung.

Duhh. Setiap malam Si Gadis tu menangis. Iye la. Siapa tak sedih bila kekasih hati berkahwin dengan orang lain, kan?

So, nak di jadikan cerita  beberapa hari lepas, aku jumpa lah si lelaki ni. Dia aku tengok biasa-biasa je. So aku memberanikan diri bertanya perihal tersebut.

"Kau, aku dgr kau dah nak kahwin dengan pilihan keluarga. Awek kau macam mana?" Aku memulakan bicara.

Dia pandang aku.

Diam seribu bahasa.

Dengan nada yang tenang dia membuka mulut "Mr K, aku terpaksa. mak ayah aku membesarkan aku dari kecil. Semua kemahuan aku, mereka turuti. "

Kemuadia aku mencelah "Tapi..." belum sempat aku sambung, dia dah mencelah balik. Eish

"Tak ada tapi-tapi Mr K. Kau tau kan aku ni anak yang macam mana. Aku degil. isap rokok, rempit dan tak dengar kata. So apa salahnya kalau aku ikut cakap parent aku at least sekali.

Jelas suaranya. Ada nada-nada sedih di situ. Sebak aku mendengarnya.

"Tapi aku kesian gak doe dengan awek kau. Terus di lepaskan tanpa seurat benang tak bertali." Jelas ku.

Aku memandang dia. Tajam menusuk mata dia.

Dia menundukkan muka.

"Aku terpaksa... Aku harap kau faham. Aku pun harap dia faham. Mungkin dah di takdirkan aku dan dia tak ada jodoh"

"Kau pernah jumpa gadis pilihan parent kau tu?"Tanya ku. Tangan ku dah menungkat dagu. Keningku terangkat sikit tanda bersemangat gila.

"Tak....."

Semangat aku hilang. Kening aku jatuh balik. Aku menyandarkan badan ke arah dinding kedai. Kalau ada rokok mesti nampak cool sket.

"So, kau sure ke yang dia sememangnya di ciptakan untuk mengisi kekosongan di rusuk kiri mu".
Perh. Bermadah aku di situ.

"Ya Mr K. Dan aku akan terima dia seadanya...."

Aku speechless. Aku tak rasa aku mampu nak meyakinkan dia agar menolak pilihan family dia.

"Tapi aku still tak puas hati. Kau tak sepatutnya tinggalkan awek kau just sebab famili kau inginkan gadis lain."

Dia diam. Kaku

"Kenapa kau tinggalkan awek kau sebenarnya ni?" Tambah aku lagi.

Kemudia dia tersengih-segih.

Sambil menunjukkan gambar gadis comel gred AA ber-rating 9/10, dia berkata "Ni la bakal isteri aku. Hehehe"

Terpampang gambar gadis yang lagi hot dari awek dia yang sekarang.

"Kau patut suruh mak kau carikan kau isteri doe. Baru best sebab ibu bapa sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Hahaha!"

He is so dasat. Agak-agak korang, benda macam ni normal? Well, perasaan boleh di pupuk.

haHahA~



" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas
kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang'
yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula
lancar
tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina
"Pen
merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks
sebagai
hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak
Ropiah
ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa
menadah
telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak
naya.


Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya
kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,
fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina
tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala
itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.
Dia
risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah
Ina
dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru
ni,
ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika
rumah
Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu
diapa-apakan,
ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak
diapa-apakan.
Dia berdoa sungguh-sungguh.


Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa
itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.
Jika
tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant
shutdown
2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya
yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal
isterinya
itu.


Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di
depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah
rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol
pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik
Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk
lagi
pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi,
dia
pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina,
dia
tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup
muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina.
Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm "Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."
Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar.